Panitia Sains Teras SMK Pendang

"seiringkan Smk Pendang bersama sains dan teknologi terkini"

Selamat Datang ke Blog Panitia Sains Teras

Kesepaduan Sains dan Teknologi Terkini

Wednesday, August 03, 2011

Bengkel Teknik Menjawab Sains Teras SPM

Posted by Panitia Sains SMK Pendang

Bengkel teknik menjawab Sains Teras SPM telah dilaksanakan dengan jayanya pada 3 Ogos 2011, bertempat di Dewan Al-Marbawi, SMK Pendang. Pelajar dari Kelas 5T1, 5T2, 5K 1 - 5K5 semuanya terlibat dengan program ini.

Penceramah untuk bengkel ini adalah Tn. Hj. Roslan iaitu Pengetua SMK Pendang sendiri yang sangat berpengalaman mengeni mata pelajaran Sains ini. Beliau telah banyak memberi sumbangan dalam pembinaan item soalan SPM dan ke seluruh Malaysia untuk memberi ceramah teknik menjwab sains.
Fokus pada bengkel ini adalah untuk memberi tips dan panduan dalam menjawab soalan sains SPM. Di samping itu, langkah-langkah mendapatkan jawapan yang mudah dan markah yang senang.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.




Read More..
Tuesday, July 12, 2011

Tahniah! Kepada Pemenang Pertandingan Roket

Posted by Panitia Sains SMK Pendang

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Botol Air 2011 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung pada 12 Julai 2011 yang lalu. Peserta sekolah kita yang menyertai pertandingan ini telah menunjukkan bakat mereka yang membanggakan. Hasilnya....pasukan SMK Pendang A telah menggondol Naib Johan kategori sasaran, kedudukan ke empat bagi kategori payung terjun dan menjadi JOHAN KESELURUHAN pada kali ini. Dengan itu, mereka akan mewakili Negeri Kedah ke pertandingan peringkat Kebangsaan tidak lama lagi.


Peserta yang akan mewakili sekolah kita ialah

Noraini Sophia Bt Rusli (4S1)
Siti Hajar Bt Ibrahim (4S1)

Tahniah! tahniah! dan tahniah.......

Read More..
Thursday, June 30, 2011

SMK Pendang terpilih menyertai TEY

Posted by Panitia Sains SMK Pendang

SMK Pendang telah terpilih mewakili Negeri Kedah pada tahun ini untuk menyertai Program Toyota Eco Youth. Seramai 8 orang pelajar, 2 orang guru dan Pengetua sendiri telah menghadiri sesi pelancaran TEY ini di Hotel Concorde, Shah Alam pada 23 - 25 Mei 2011 yang lalu. TEY dianjurkan oleh Syarikat Toyota Malaysia dan sepuluh tahun telah berlangsung program ini. Ia menjurus kepada projek penghijauan alam sekitar. Diharapkan SMK Pendang dapat melaksanakan tugas yang diberi. Ayuh SMKP!!!


bersama dengan Pengurus Besar Toyota dari Jepun


*untuk maklumat lanjut, sila layari laman ini panitiasainssmkpv8.blogspot.com/ atau Toyota Eco Youth 2011

Read More..
Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Posted by Panitia Sains SMK Pendang

Pihak Panitia Sains SMKP mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua guru SMK Pendang.....

'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara' merupakan tema tahun ini.....
sesungguhnya pengorbanan guru tiada nilai gantinya, amat berharga......
Pihak panitia juga mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Abidin B Awang yang kita raikan pada Hari Guru juga.........

Read More..
Sunday, May 08, 2011
Posted by Panitia Sains SMK Pendang



Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011
kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5
yang bermula pada
9 Mei hingga 26 Mei 2011

Read More..
Sunday, April 24, 2011
Posted by Panitia Sains SMK Pendang

sila layari Galeri Foto untuk melihat gambar terbaru dari aktiviti Minggu Sains dan Matematik yang lalu..

Read More..
Thursday, April 07, 2011

Pertandingan Roket 02.04.2011

Posted by Panitia Sains SMK Pendang

video

Perasmian oleh Pn. Zurah (Ketua Bidang Sains dan Matematik)

......sebahagian roket yang dipertndingkan.....

Sempena Minggu Sains danMatematik yang lalu, beberapa acara telah pun berlangsung dan tidak ketinggalan juga dengan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Botol Air yang berlangsung pada 2 April 2011. Acara yang sentiasa dinantikan oleh peminat setia..... Pada tahun ini seanyak 31 kumpulan telah menyertainya bagi tiga kategori iaitu Kategori Rekabentuk Terbaik, Kategori Sasaran dan Kategori Payung Terjun..... Nampaknya terdapat peningkatan yang ketara bagi kategori payung terjun yang mana kebanyakan roket yang dilancarkan akan membuka payung diudara..... masa yang dicatatkan juga hampir seminit.... sila lihat bahagian foto galeri untuk keputusan penuh dan gambar yang menarik pada tahun ini.....semoga anda juga meminatinya....

Read More..